Sunday, October 18, 2009

Begitulah Cinta

Since aku sangat lapang (ye lah sangat,keja banyak malas nak buat),aku godek2 email chenta time muda dolu2.Since it's been almost 5 years dah tak guna so suma email dah ilang.Luckily my significant other and I suka tulis kat notepad so ada lagik la saki-baki surat chenta secara maya.Hiks.

Then I came across this article yg aku simpan kat notepad tuh and I feel like sharing.Cik Ruby,I dedicate this article for u;)


Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada? Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

TETAPI...

Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA .

18 comments:

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

wow!bile kak huda berbicara tentang cinta..hehe..

kak, ku mendamba cinta sejati..uhuk.=)

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

ku mendamba cinta sejati ...=)

h-huda said...

ema,
main2 ngan kak huda awak!haha.
dun weri,u'll find ur true love one day:)

p/s:aik,bukan dah ada chenta dalam hati ka?

zz said...

tah je ema tu...saje jela tu...nk carik ape lg...repot kat tut... kang bru tau. lenla z ni

h-huda said...

cet!u pon bukan sama ka zz.yg asik balik kg pi deting tuh apa.sekeh jugak bebudak neh.

n.a.w.r.a.m said...

tukar header eh kakak?
aku dah email 1 pic kat ko.. try tgk ok x? huhu..

h-huda said...

marwan,
hak ah,hakak tukar header.hiks.
i've seen it.it was nice!nak buat cover album tunang aku la gambar tuh.hiks..tapik aci ke kaler font tukar?but,frankly i love it!thanks darl.

Azizi Abd Rahim said...

Bak kata Qais yang dianggap gila kerana terlalu mencintai Laila:

“Aku merentasi rumah Laila, aku mencium dinding-dindingnya,
Bukanlah cintakan rumah itu merindukan kalbuku, tetapi cintakan penghuninya”

Anonymous said...

u make me realize that he is my CINTA...

Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

i love this phrase

h-huda said...

jijoy,
i never had known that u cud read such a romantic epic and remember it well;P

teh dear,
that is actually my fav as well.ala2 konsep magnet negatif and positif.dun u think so?that's y i have no doubt that saya cintakan beliau.hiks!

ilya&fahmy said...

laling, i touching baca entry u..sbb part itulah cinta tuh suma mcm kena kt i..huahua..but im married to the person that i loved most..and u too laling, kan?

h-huda said...

yaya,
yep,i pon sgt suka article neh.mana i kutip i pon dah tak hengat.lucky u,married to the person u love;)and me too,hoping for the very same ending as urs:)

Anonymous said...

hehe..yup I've experienced every single phrase about that CINTA but at one point I just have to let it go.

oh well, I believe that if we're meant for each other, someday we'll meet again-this time each of us will be the more mature, better person than the past.Just like you n your significant other.

Time will tell. Only God knows best.

all the best to you hudhud, praying all the happiness in this world racing their b*tt off after you!! :)

h-huda said...

kak long,
U know how much i appreciate ur words:)
*hugs & kisses*

ruru said...

skang, org yang ditujukan ingin komen :p
em, rasa2 macam dah ada tapi hati tetap tertanya-tanya. never mind, mcm kak long tulis, time will tell, only God knows best.
ku berserah selepas berusaha..lepas tu jom p beserah. hahah.

h-huda said...

ruby,
haha,ur heart will tell,time will tell.

Allah knows best:)

Best of luck!

p/s:beserah ada jual kepok leko tak?teringin la.ahahahaha.

Anonymous said...

haha ruby, mau pegi beserah buat ape? mandi laut ke?

weh korg x nak gi pulau memana n do some snorkeling or diving ke? kalau ade mau join!!

or how 'bout climbing that kinabalu since cik huda masih bujang n dok sabah pulak tu???

btw cik huda, your blog list tu mmg up-to-date ke? sbb that entry kat my blog tu dah lama tu.. dah ada entry lain tu... salah template lagi kah?? i mau tau our friends' latest activities n thoughts maaa...

h-huda said...

kak long,
tidaklah.in fact u punya bloh yg tak updet2 tajuk terkini.huhu.

 
I'm trying to live my life to the fullest. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino