Wajib la busy kalo dah jadik guru kelas Tahun1.
Berbaris ja benda nak buat selain darik mengajaq.
Key in data kat database, isi offline sistem maklumat murid, isi manual buku dikenal, isi buku kedatangan, amik berat tinggi dan tahap penglihatan murid dan lagi dan lagi dan lagi.
By the way, I tengah key in pendaftaran murid kat kelas I kat database Kementerian.
Kalo dah 21169 orang tengah key-in harus la tahap kayuhan pon rendah - I baru log in masok balik, I telah dilog out. Cesh!
Maka sambil-sambil sistem kayuh, sambil-sambil I mengarang.
Mikhael plak malam neh bukan main cargas lagik, neh baru tido.
Agak mencabar nak buat kerja kalo kat umah.
Dia skang dah besaq.Banyak dah kerja.
Kalo I mandi, since tak bleh bukak pintu, dia akan campak semua mainan dia yang boleh kat bawah pintu bilik ayaq. Lawak pon ada.
Ni dia baru baik demam. Cargas la dia.
Mainan dia sat ja bersusun pastuh bersepah balik.
Tak kira lagik stokin dia, baju dia dalam bakul even baju I dalam almari pon dia tolong
Tahun neh I kena ajar Standard 2 dan I ajaq Standard 2 kelas hujung.
Maka kalo dah kelas hujung agak tinggi temperature I setiap kali masok.
Nak siapkan 1 exercise jenoh kena jadik mandur pusing kelas tak berenti.
Kelas darjah 1 dua kelas I ajar. Since KSSR semua kelas maka jadual waktu packnya la seminggu.
Nak gih solat pon kadang-kadang kena tunggu time rehat sebab jadual darjah 1 ngan 2 tak sama.
Dah meeting time cuti skolah hari tuh konon-konon dah dapat jadual I merajinkan diri la buat jadual waktu awal.
Suami I la jadik cikgu tuisyen Excel I.
Dah siap semua tengok-tengok bukak skolah ja dah kena rombak balik schedule.
*sakit hati*
Tadik Kak Long, Bed ngan Wafa mai umah I - visit budak kecik neh hah. Bukan main lagik mengata Mikhael kurus la, ringan la. Pi JUSCO, I suh depa tolong kepong sat - baru depa erti ringan tuh.
Jenoh nak ligan.
Wafa bagitau nanti novel Sehangat Asmara kegemaran I bakal didramasirikan jugak. Katanya hero ialah Adi Putra dan heroin ialah Rita Rudaini- I setuju la kalo cemtuh. Kau ingat ada orang kesah kalo kau tak setuju? Haha.
Tapik harus la kat Mustika HD. Owh, adakah terpaksa melanggan Astro - eh, kena cari tv la pulak.
Lallallala.
| Caree kan? |
| Neh lagik la careee. |
Haish! Ntah bila la bleh siap keja I neh kalo asiiik ja webpage bermasalah.
Sakit hatiku lalllalalala.
2 comments:
Owh, itu caree junior tuh. Haha.
i pun tak sabar nak tengok sehangat asmara... adam dan hawa i terlepas. dpt tgk ulangan episod 77-80 ja...
Post a Comment