I teringat nak tulis pasal endearment neh as teringat parents Fiza. It was so comel after over a few decades of marriage tapik still guna endearment Sayang for the partner. It was so rare la nak dengaq orang tua-tua sekarang nak guna endearment to call their spouse.Kecuali dalam drama-drama Melayu kalo ada orang tua yang kawen dengan isteri yang much more muda ada la.
Parents I pon, my late Mama kalo panggei Abah I, Abah hang. My Abah pon panggei my late Mama, Mama hang. Dalam ceramah agama ada jugak I pernah dengaq kalo dok panggei Mak hang, Pak hang tuh kenapa. Supposedly itu ialah panggilan anak towards the parents. Sebelom kahwin boleh je Sayang la, Baby la, Darling la, lepas kahwen dan-dan jadik mak hang, pak hang. It was kinda funny jugak dengaq.
Tapik I rasa it was true kot. Kalo dengan boyfriend ke, gelfren ke, skandal ke lagik seronok kot kot kalo guna panggilan sayang. Bila dah jadik suami isteri may be tak thrill kot nak bersayang-sayang. Apa barang kan?!
Eh! Sesuka hati ja kan padahal suami I pon tak la hadap panggei I Sayang. Haha. Ada la, but occasionally. Hikhik. We both pon guna kata ganti nama Umi dan Babah jugak. As for now tak dak la lagik Umi hang, Babah hang. Tapik I rasa kata ganti nama Umi dan Babah adalah exclusive as the panggilan show that we have something that we share. Alone. (Memang la kan dah kau guna!Haha).
Actually, I penah doubt jugak ngan penggunaan Umi dan Babah sampai la I terbaca satu soal jawab agama neh.
Soalan: Apakah hukum suami isteri menggunakan
nama panggilan mama dan papa dalam perbualan seharian. Adakah ini
termasuk dalam zihar atau lain-lain yang dilarang oleh agama?
Jawapan: Panggilan yang baik dalam hubungan
interpersonal adalah suatu yang amat dituntut bagi mewujudkan adab
hubungan yang mesra dan hormat. Islam tidak menetapkan sebarang
panggilan yang khusus antara suami isteri asalkan ia dapat menjaga
kredibiliti dan hubungan kedua-dua belah pihak. Panggilan nama penuh,
nama timangan, gelaran yang baik, panggilan kasih hatta panggilan fungsi
seperti mama atau papa tidak menjadi halangan selagi mana ia dapat
menjaga nilai hormat dan kasih sayang suami isteri. Tidak menjadi zihar
menggunakan panggilan seperti itu kerana asasnya ia bertujuan untuk
memuji serta menghargai dan bukan sebaliknya. Nama-nama berhala,
syaitan, neraka atau haiwan tidak boleh digunakan sebagai nama panggilan
kerana ia bukan setakat gelaran yang tidak baik tetapi juga tiada nilai
adab dan kasih sayang. Malah ia merupakan laknat atau doa keburukan
bagi mereka yang dipanggil dengan nama tersebut.
Dijawab oleh MOHD FARID. RAVI ABDULLAH ~ pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
By the way, suami I ada ja panggilan sayang lain untuk I sekarang.
UmiHong dan Gemok.
Suwit kan?
#sentap
#saaakit ati
0 comments:
Post a Comment